Thursday 3 December 2015

POKOK AYAM MAS


Pokok Ayam Emas ialah sejenis pokok paku gajah dalam keluarga pakis Dicksoniaceae. Ia juga dikenali sebagai Penawar Jambi, Pakis Monyet, Pakis Emas, Pakis Sun Go Kong dan juga Pakis Hanuman, dan golden chicken fern dalam bahasa Inggeris. Di China dalam kitab tua mereka ada dikaitkan akan pokok ini dengan siluman kera kerana pokoknya yang misteri dan seakan-akan berntuk kera.

Bulu pokok ini dikatakan boleh digunakan untuk menghentikan pendarahan. Pokok ayam mas jika diminum airnya dipercayai boleh menstabilkan darah tinggi dan kencing manis. Selain memberi tenaga ia juga berfungsi membuang angin dalam badan, melegakan sakit urat, resdung, kolestrol tinggi dan lemah jantung. Penghidap gout/batu karang dan buasir/sembelit juga boleh mengamalkan herba ini.

Untuk pengetahuan pembaca herba ini tidak boleh direbus menggunakan periuk biasa kerana kemungkinan besar periuk anda akan berlubang/bocor. Anda dinasihatkan agar merebusnya menggunakan periuk tanah liat ataupun anda boleh merendamnya dengan air panas dan disimpan didalam jug/bekas air.






Sumber:

Wikipedia Bahasa Malaysia

http://khazanahpurba.blogspot.my/2012/07/daun-ayamas-daun-ayam-emas-ayamas-pokok.html

Orang awam(penceritaan mulut ke mulut)

No comments:

Post a Comment