Blog ini akan memaparkan rahsia perubatan yang tersembunyi di sebalik alam semesta.Kita sebagai hamba Nya haruslah berikhtiar untuk kebaikan dan selebihnya biarlah Allah yang menentukannya. Sesungguhnya Allah suka pada orang-orang yang berfikir.
Friday, 4 December 2015
DAUN GELENGGANG
Daun gelenggang ataupun nama saintifik iaitu Cassia Alata atau Senna Alata merupakan penawar penyakit kulit seperti kurap dan panau yang mujarab.
Untuk masalah sembelit, satu sudu teh air rebusan daunnya boleh diambil sebagai julap. Akar gelenggang boleh digunakan untuk mengatasi masalah uterus (rahim).Air rebusan daunnya juga dijadikan ubat cacing, penawar sawan, resdung, bengkak saluran nafas, Di sesetengah negara Amerika Selatan, air rebusan akarnya dan akar alamanda digunakan untuk merawat penyakit malaria.
Daun gelenggang segar juga di petik dan dikeringkan. Setelah daun daun gelenggang dikeringkan secara jemuran semulajadi, ia akan di salaikan diatas bara api, untuk menimbulkan rasa dan aroma, daun daun yang telah disalai di simpan untuk di minum sebagai teh, yang dikenali sebagai teh Sulok oleh orang Sarawak. Rasanya ringan dan baik sebagai minuman melawaskan kencing (diuretic), menurunkan kolestrol darah (blood cholesterol) dan membersihkan perut. Sekarang daun gelenggang ini telah diproses dan dijadikan krim untuk penyakit kulit.
Sumber:
http://herbadantumbuhan.blogspot.my/2012/11/khasiat-gelenggang.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment