Tuesday 8 December 2015

PERIA KATAK


Peria katak ataupun nama botaninya Momordica charantia ialah pokok menjalar subtropika daripada famili Cucurbitaceae yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan. Tempat asalnya tidak diketahui kecuali pokok ini berasal dari kawasan tropika.

Peria katak sering digunakan dalam masakan Cina disebabkan rasanya yang pahit. Sayur ini biasanya digoreng, sering dengan daging dan douchi. Peria Katak juga biasa digunakan untuk sup, dan sebagai teh.

Pokok peria katak banyak ditanam di seluruh India dan Pakistan di mana karela chip dimakan dengan penuh nikmat. Peria ini juga digunakan sebagai kuah sambar di India selatan ataupun disumbatkan dengan bawang dan tomato berempah serta digoreng. Di India Utara dan Pakistan, peria dimakan, baik dengan daging kisar atau kekacang yang disumbat, mahupun sebagai tambahan untuk makanan daging atau kekacang.

Peria katak jarang digunakan di tanah besar Jepun, tetapi merupakan satu bahan yang penting dalam masakan Okinawa.

Sayur ini digunakan untuk berbagai-bagai makanan di Filipina. Satu makanan yang popular di kawasan Ilocos di Filipina ialah pinakbetyang terdiri terutamanya daripada peria katak, terung, okra, kacang buncis, tomato, kacang lima, dan pelbagai sayur-sayuran tempatan yang direndidih dengan air rebusan berdasarkan bagoong.

Tunas dan daun muda Peria Katak juga dimakan sebagai sayur-sayuran. Bijinya yang manis juga boleh dimakan, tetapi diketahui boleh menyebabkan muntah dan sakit perut.

Peria katak juga mempunyai pelbagai kegunaan sebagai ubat tradisional di sekeliling dunia, serta berpotensi untuk merawat jangkitan HIV. Dalam perubatan Ayurveda India, Peria Katak sering diperlihatkan sebagai sejenis "insulin tumbuhan" dan oleh itu, amat disyorkan untuk pesakit kencing manis. Di Filipina, teh peria katak digunakan dengan amat berjaya untuk merawat kencing manis dan kawalan gula dalam darah bagi orang miskin.
Selain mempunyai sifat anti-diabetik, peria katak juga kaya dengan potassium yang bertindak balas dengan sodium (garam) di dalam badan. Garam adalah salah satu punca tekanan darah tinggi yang juga antara pembunuh dalam senyap di kalangan masyarakat pada hari ini.

Jika anda menghadapi masalah kencing manis atau darah tinggi anda digalakkan untuk mencuba ubat tradisional ini sebagai rawatan alternatif. Jika anda masih ragu-ragu anda dikehendaki mendapatkan nasihat doktor pakar terlebih dahulu.

Sumber:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Peria_katak

http://www.mstar.com.my/niaga/2015/07/02/peria-katak-kapsul-anugerah/

TUNJUK LANGIT(Swietenia macrophylla)


Buah Swietenia macrophylla dipanggil sebagai "buah tunjuk langit", kerana ia seolah-olah tergantung terbalik diatas pokok. Pati sari buah tunjuk Langit dijual sebagai penawar semulajadi yang dikatakan dapat meningkat peredaran darah dan kulit. Ia juga dikatakan mempunyai sifat seperti Viagra mengenai disfungsi erektil. Penggunaan pekat buah langit yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Buah Tunjuk Langit (Swietenia macrophylla.) juga dikenali sebagai Sky-fruit atau Buah Mahagony merupakan sejenis tumbuhan herba yang terdapat di Asia Tenggara.

Buah tunjuk langit mengandungi tiga bahan aktif yang utama:

1. FLAVONOIDS seperti yang terdapat dalam Gingko biloba dan tongkat ali. Ia merangsang pembukaan pembuluh darah, membekalkan oksigen dan nutrisi keseluruh badan, agen anti –pengoksidaan.

2. SAPONINS seperti yang terdapat ginseng Panax. Enzim yang bertindak seperti sabun /pelincir yang mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding salur darah.Ia menguatkan fungsi jantung dan sistem imuniti .

3. BITTER ALKOLOID rasa pahit adalah kerana kandungannya yg tinggi, dapat merencatkan pertumbuhan virus dan bakteria. Ia membantu membina sel darah putih dan menguatkan imuniti badan.

Pokok Tunjuk Langit digunakan sebagai ubat tradisi untuk membuat ubat periuk bagi wanita selepas bersalin. Manakala pucuknya dijadikan sayur dan kadang kala dimakan bersama sirih. Jauh daripada itu rizomnya pula digunakan untuk merawat batuk, penyakit siplis, caranya dimakan bersama sirih dan juga dijadikan tonik. Bagi batangnya yang tua pula boleh digunakan untuk menganyam tikar.

Sumber:

http://www.tunjuklangit2u.blogspot.my/

Orang awam (penceritaan mulut ke mulut)

Monday 7 December 2015

KUNYIT



Kunyit (Curcuma longa) merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan masakan lain Asia Selatan. Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan.Selain kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu daun serta bunga kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam. Selain digunakan dalam masakan kunyit juga digunakan sebagai ubat tradisional. Antara khasiatnya:

• Agen antiseptik + antibakteria semula jadi, berguna dalam pembasmian luka + terbakar

• Apabila digabungkan dengan kembang kol, ia telah terbukti dapat mencegah kanser prostat dan menghentikan pertumbuhan kanser prostat yang sedia ada

• Menghalang kanser payudara daripada merebak ke paru2

• Mengurangkan risiko leukemia terhadap kanak2.

• Boleh menghalang dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer dengan menghapuskan penumpukan plak amyloyd di dalam otak

• Boleh mencegah daripada berlaku dalam pelbagai bentuk kanser yang berbeza

• Anti-radang yang bekerja tanpa kesan sampingan

• Boleh membantu dalam metabolisme lemak dan membantu dalam pengurusan berat badan

• Telah lama digunakan dalam perubatan Cina sebagai rawatan untuk kemurungan kerana ciri2 anti-radang, ia adalah satu rawatan semula jadi untuk artritis dan artritis reumatoid

• Meningkatkan kesan chemotherapy drug Paclitaxel + mengurangkan kesan sampingan

• Harapan kajian sedang dijalankan ke atas kesan kunyit pada barah pankreas

• Menghentikan pertumbuhan saluran darah baru di dalam tumor barah

• Sangat pantas dalam penyembuhan luka2 + membantu dalam pembentukan semula kulit yang rosak

• Boleh membantu dalam rawatan psoriasis dan lain2 keadaan kulit radang

Sumber:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kunyit

http://kongsibersamanora.blogspot.my/2012/07/khasiat-dan-kebaikan-kunyit.html

SAMBUNG NYAWA



Sabung nyawa (atau akar sebiak) merupakan tumbuhan herba yang boleh dijadikan ubat. Biasanya ia dimakan sebagai ulam. Jika di Negara barat tanaman ini digelar sebagai bayam panjang umur dan bayam kolestrol.

Tanaman yang nama sainsnya Gynura Procumbens ini boleh digunakan sebagai anti-hipertensi dan inflamasi. Jika anda menghadapi masalah kolestrol yang tinggi dan kandungan gula dalam darah yang tinggi anda bolehlah mencuba mengamalkan ubat herba ini.

Selain digunakan sebagai ubat kencing manis daun sambung nyawa ini juga boleh diaplikasikan sebagai ubat sakit tekak, dan ketumbuhan/tumor. Setelah dicuci bersih daun sambung nyawa hanya perlu dimakan sebagai ulam bersama nasi. Daun ini juga boleh dijadikan jus.

Sekiranya terkena bias ulat dan semut hitam gosokkan daun sambung nyawa pada bahagian yang gatal hingga daun tersebut mengeluarkan air dan hancur. Saya juga difahamkan air daripada daun ini boleh memberikan tenaga dalaman.



Sumber:
http://9manfaatdaun.blogspot.my/2015/02/fakta-mengejutkan-manfaat-daun-sambung.html

https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Sambung_Nyawa

http://www.indonews.co.id/13-manfaat-dan-khasiat-daun-tumbuhan-sambung-nyawa/

Orang Awam (Penceritaan mulut ke mulut)

Friday 4 December 2015

DAUN GELENGGANG



Daun gelenggang ataupun nama saintifik iaitu Cassia Alata atau Senna Alata merupakan penawar penyakit kulit seperti kurap dan panau yang mujarab.

Untuk masalah sembelit, satu sudu teh air rebusan daunnya boleh diambil sebagai julap. Akar gelenggang boleh digunakan untuk mengatasi masalah uterus (rahim).Air rebusan daunnya juga dijadikan ubat cacing, penawar sawan, resdung, bengkak saluran nafas, Di sesetengah negara Amerika Selatan, air rebusan akarnya dan akar alamanda digunakan untuk merawat penyakit malaria.

Daun gelenggang segar juga di petik dan dikeringkan. Setelah daun daun gelenggang dikeringkan secara jemuran semulajadi, ia akan di salaikan diatas bara api, untuk menimbulkan rasa dan aroma, daun daun yang telah disalai di simpan untuk di minum sebagai teh, yang dikenali sebagai teh Sulok oleh orang Sarawak. Rasanya ringan dan baik sebagai minuman melawaskan kencing (diuretic), menurunkan kolestrol darah (blood cholesterol) dan membersihkan perut. Sekarang daun gelenggang ini telah diproses dan dijadikan krim untuk penyakit kulit.

Sumber:

http://herbadantumbuhan.blogspot.my/2012/11/khasiat-gelenggang.html

POKOK KELADI TIKUS



Keladi Tikus adalah sejenis tumbuhan meliar dari keluarga Araceae. Nama saintifiknya ialah Typhonium Flagelliforme (Lodd) Blume. Tergolong dalan genetik Typhonium, Keladi Tikus juga dikenali dengan beberapa nama lain lagi seperti talas kunting, bira kecil, ileus gofu sepa dan trenggiling mentik.

Keladi tikus adalah nama yang kurang dikenali di rantau ini, terutamanya kita di Malaysia, tetapi pada negara luar, herba telah dikenali sebagai salah satu daripada herba besar yang telah berjaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti keputihan, buasir, sakit gigi, radang paru-paru, sakit dada akibat merokok, termasuklah penyakit yang menjadi pembunuh nombor dua dunia iaitu kanser.Tanaman ini diakui mempunyai nilai anti kanser pada awal 1990’an.

Pokok keladi tikus juga terkenal dikalangan para tabib (sense) Cina yang menggunakan nya dalam komponen herba tradisional mereka untuk rawatan kahak berangin (wind-phlegm), penyakit yang menyebabkan kejangan otot dan untuk pesakit lumpuh lidah, muka atau percakapan.

Sumber:

http://lawankanser.net/keladi-tikus.html

http://lawankanser.net/

Thursday 3 December 2015

BUAH GOREK


Buah gorek mempunyai banyak khasiat dan sukar ditemui di Malaysia.
Buah gorek juga dikenali sebagai kamaunggik / senggahar dikalangan penduduk Sabah.
Nama saintifik bagi buah gorek ini ialah Caesalpinia Crista.

Zaman dahulu kala sebelum adanya guli buah gorek digunakan sebagai buah congkak. Menurut kata orang tua-tua buah gorek ini boleh digunakan untuk menundukkan suami ata isteri.

Buah Gorek dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti :
Ginjal, Darah tinggi, Asma, Obesiti, Stroke, Gatal-gatal, Diabetes, Hypertensi, Huluran, Herba bersalin, Membantu kelancaran haid, Sakit Kepala atau Migran, Keputihan, Melancarkan buang air besar, Buasir, untuk Kejantanan lelaki dan lain-lain


Sumber:
http://uruttradisionallelaki.blogspot.my/2010/03/buah-gorek.html

http://buahgorek.blogspot.my/2012/09/buah-gorek-khasiatnya.html